Mcm2 Ragam PKP🤭🤭 Feed Back dari pelanggan berkenaan UTS Jigging Hook amat mengkagumkan.
Mcm2 Ragam PKP🤭🤭 Feed Back dari pelanggan berkenaan UTS Jigging Hook amat mengkagumkan. Tahap ketidakpuashatian terhadap kekuatan Hook kami sehinggakan mereka mengujinya dengan pelbagai kaedah dan ada yang sungguh mencuit hati.
Ada yang mengikat Hook kemudian menggantungkan beban pasir seberat 50kilo namun gagal merubah rekabentuk hook tersebut. ... Tidak cukup ujian tersebut, Forklift pulak digunakan dengan membuat ujian Hook Up. 2 kali ujian dibuat terhadap Hook yang sama masih lagi tidak terguggat rekabentuk dan kekuatan UTS Jigging Hook kami. Ada pula mencuba menarik dengan sambil ditimbang menggunakan Timbang Digital, pun gagal walau tertulis 40kg beban pd penimbang. Tidak kurang juga ada pelanggan yang cuba mengangkangkannya, menarik dengan menggunakan pelbagai jenis tali, pun gagal!! Kami UTS Tackles mengambil berat setiap R&D Produk dilakukan. Banyak Pelaburan duit dilaburkan terhadap setiap ujian yang ketat. Pihak kami akan membuat Video Testing Max Burst Power UTS Jigging Hook tidak lama lagi, bagi memuaskan hati pelanggan kami. Harap bersabar yee. Pihak kami menasihatkan Anda agar berhati2 ketika menguji sendiri kekuatan Hook kami. Risiko Bahaya Tajam amat tinggi. Jangan sampai guna peralatan kilang di tempat kerja anda pula semata2 hendak menguji kekuatan Hook kami. Risiko Keselamatan tidak ditanggung oleh kami yeee🤭🤭🤭🤭 #Uts_Tackles #UtsPremiumJiggingHook #SuperHeavyDuty #Pike4/0 展开
Published Date:5/11/2020 12:06:23 PM From:Facebook