APA FUNGSI HG DAN XG DALAM FAST JIGGING Dewasa ini kita boleh lihat kelahiran
APA FUNGSI HG DAN XG DALAM FAST JIGGING Dewasa ini kita boleh lihat kelahiran dan perubahan baharu dalam dunia Jigger. Ia semua bagi kelangsungan Game tersebut untuk bertahan lama. Fast Jigging...
Kaedah yang dibuat untuk sasaran ikan2 pemangsa serang hendap laju. Adakah Ratio Reel memainkan peranan dalam kaedah tersebut. Jawapannya ialah Ya. Ratio yang paling sesuai tentulah HG dan XG bagi menyaingi kelajuan pemangsa. Jika Ratio terlalu rendah akan mengakibatkan kadar keputusan kepada Gewang atau Jig amat tinggi. Contoh paling sesuai ialah Reel keluaran Tsurinoya iaitu Flyingshark. Satu kayuhan pusingan boleh mencapai sehingga 99cm sepusing kayuhan. Hampir 1 meter benang digulung ke dalam Spool. Anda boleh merasai perbezaan ketara jika menggunakan Reel Spining berRatio 5.1:1 yang hanya kayuhan berpusing 50cm sahaja. Tentulah bila menggunakan Ratio HG ia akan menjadi seganda kayuhan berpusing perCrank. Fungsi HG dan XG Bagi mereka yang meminati Spesis Tenggiri sudah tentu faham berkenaan kelajuan melampau spesis tersebut menyerang mangsa. Mengikut perkiraan Kejuruteraan Matematik, hanya Spinning berkalajuan HG dan XG sahaja yang boleh menyaingi spesis berkenaan ketika karauan Gewang dan Jig dilakukan. Kadar peratus Tenggiri berjaya di daratkan Amat Tinggi berbading PG. Gewang dan Jig kita akan meluncur laju bergelek seperti spesis ikan rantaian makanan Tenggiri. Dalam hal ini Jigger tidak perlu berkerja terlalu laju dan boleh mendatangkan penat yang cepat. Adakalanya lokasi pancing yang tidak dalam di mana Parameter air hanya sedalam 30 meter, Sifat ikan pemangsa seperti Tenggiri akan mengandakan kekuatan dan kelajuan berbading di air yang parameternya dalam. Ini akan menyebabkan Tenggiri akan mudah lucut dari sentapan Hook atau Over Running yang akan menyebabkan keputusan gewang. Jigger Sedia maklum perangai Tenggiri ketika mengambil Gewang dan Jig. Tenggiri gemar mengambil gewang dengan mengejar kelajuan dan apabila sampai kesasaran Jig, Tenggiri akan membuat pusing balik dan terus memecut. Ketika inilah peranan Ratio pada Reel memainkan peranan samada ia boleh di Hook Up pada masa itu. Jika Anda menggunakan Ratio yang rendah ia akan menyebabkan kadar Hook Up yang rendah dan keputusan Jig dan Gewang yang tinggi. Sebagai contoh jika Anda menggunakan Ratio 5, anda memerlukan 10 kali kayuhan berbanding 5 kali kayuhan pada Reel berRatio HG dan XG. Ia juga memudahkan Jigger Hook Up kemas dengan sepantas kilat. Perbezaan pada Ratio rendah dan tinggi inilah akan mengandakan peluang Jigger dalam teknikal Fast Jigging untuk lebih peluang mendaratkan ikan sasaran. Sebagai Jigger kita wajib faham dengan Jelas peranan HG dan XG dalam permainan Anda. Kurangkan kekecewaan diri Anda kerana dengan ilmu yang betul ia akan meningkatkan Kendiri Diri Jigger tersebut. 展开