Percubaan kali pertama UTS Tackles mereka bentuk Hook Jigging dengan kerjasama
Percubaan kali pertama UTS Tackles mereka bentuk Hook Jigging dengan kerjasama dan bimbingan seorang Grand Sifu Jigging yang telah berkecimpung selama 25 tahun dalam dunia Jigging. Manakala Idea Rekabentuk JiggingHook Uts tersebut direka oleh seorang Profesional Arkitek dari Kuantan. Percubaan mencetak logo syarikat berbentuk 'U' di hook adalah cabaran pertama kali oleh Pihak Kilang. Mata Hook yang lebih halus dan tajam juga telah menguji Pengilang ke satu tahap yang melangkaui Standard SOP mereka. Ikuti perkembangan kami selanjutnya dengan Rekabentuk yang lebih kuat,lebih bulat lebih tajam, Coating lebih kilat licin dan akan dipasarkan pada hujung tahun 2020.